Punca Ahli Keluarga Kapten Zaharie Tak Ada di Rumah


Ahli Keluarga Kapten Zaharie Tak Lari Rumah | Mungkin tiada sebarang akbar tempatan atau penyebaran di TV merupakan persoalan ramai pihak ' Dimanakah ahli keluarga Kapten Zaharie ' Hari ini akhbar Sinar Harian mendedahkan bahawa ahli keluarga nya tidak melarikan diri dimana-mana. Baca selanjutnya



Ahli Keluarga Kapten Zaharie Tak Lari Rumah

Ramai pihak yang mendakwa bahawa keluarga Kapten Zaharie ini telah melarikan diri, sebaliknya isteri dia tinggal di rumah anaknya. Menurut sumber terdekat keluarga, isteri Zaharie sebenarnya tidak pernah melarikan diri sebaliknya berada di rumah anak sulungnya di Subang.

Beliau berkata, wanita tersebut pergi ke rumah anaknya sehari sebelum kejadian.

"Beliau (isteri) sering berulang alik antara Shah Alam dan Subang apabila suaminya terbang.
"Kebanyakan masa dihabiskan di Subang dan hanya akan pulang ke rumah sekiranya kapten bercuti. Rumah ini boleh dikatakan sebagai rumah persinggahan untuk ahli keluarga berkumpul," katanya, semalam.

Menurut sumber tersebut, dia juga kecewa dengan spekulasi yang tersebar kerana sedikit sebanyak menjejaskan emosi keluarga serta memberi tanggapan buruk terhadap keluarga Zaharie terutama isterinya.

Sumber berkata, rumah Zaharie di Laman Seri di sini, dikawal ketat oleh pihak pengurusan.
"Pengawal keselamatan sentiasa berkawal di rumah Zaharie, malah orang luar juga tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut," katanya.

Tinjauan Sinar Harian pagi semalam, menunjukkan kediaman Zaharie lengang serta berkunci rapat.

Selain itu, terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux hitam diletakkan di garaj dan turut kelihatan seorang wanita dipercayai pembantu rumah sedang memegang seekor kucing berwarna kelabu.

Cubaan untuk menemu bual wanita itu tidak berjaya kerana dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Saya tak boleh cakap apa-apa kerana majikan tiada di rumah," katanya.

Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang dipandu Zaharie bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sebelum ini, media antarabangsa Daily Mirror melaporkan isteri kepada kapten Zaharie bersama tiga orang anaknya telah keluar ke luar negara sehari sebelum kejadian pesawat tersebut hilang.


Nota : Admin nak cakap, kita jangan lah percaya pada media luar ini. banyak tipu nya. Ramai tahu kebanyakan media luar ini hanya membusukkan negara kita ini. Harap jangan terpengaruh ya.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.