Petugas MAS Dibaling Botol oleh keluarga Mangsa di China

Petugas MAS Dibaling Botol Di China

Seorang wanita yang suaminya merupakan penumpang pesawat penerbangan MH370 mengadu kepada wartawan mengenai Malaysia Airlines ketika keluar dari hotel di Beijing semalam./Sinar HarianSeorang wanita yang suaminya merupakan penumpang pesawat penerbangan MH370 mengadu kepada wartawan mengenai Malaysia Airlines ketika keluar dari hotel di Beijing semalam./Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Berang dengan keengganan pihak syarikat penerbangan MAS untuk memberikan maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370, seorang lelaki bertindak agresif dengan membaling botol air ke arah empat orang petugas MAS, semalam.
Menurut laporan yang dipetik dari laman portal New York Times, lelaki tersebut yang merupakan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 itu melemparkan kata-kata kesat dalam bahasa Cina ke arah mereka.
"Semua orang Malaysia penipu!
"Awak tahu tak apa makna 'penipu'?" katanya.
Lelaki itu juga turut menjerkah penterjemah bahasa yang merupakan petugas MAS dan memaksa wanita terbabit untuk menterjemahkan kata-katanya ke dalam bahasa Inggeris bagi memastikan rakan-rakan petugas memahami apa yang dikatakan.
Kejadian yang berlaku di Hotel Lido, Beijing semalam telah menarik perhatian media tempatan dan luar.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.