Berikut kata-kata seorang mak cik yang di kenali sebagai Normah Jaafar, 50 apabila mendengar khabar berita sedih tentang pesawat MH370 ini. Siapa tak sedih kalau anak kesayangan kita mungkin sudah tiada. Emm sedih pula admin. Baca selanjutnya
Mak Cik Tak Tahu Apa Nak Cakap Lagi
"Makcik tak tau nak cakap apa lagi," berikut kata-kata Normah Jaafar, 50 an ibu kepada salah seorang penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang lebih dikenali MH370, Khairul Amri Selamat,29.
Ketika dihubungi, di sini, semalam, Normah yang berada di rumahnya di Kerayong Makmur, Bera, kedengaran menangis teresak-esak dan menyatakan kesedihannya kepada wartawan mengenangkan nasib anaknya, Khairul Amri yang menaiki pesawat itu ke Beijing, China, 17 hari lalu untuk menjalankan tugas membaiki sebuah pesawat di sana.
"Terima kasih kerana menghubungi makcik dan bersimpati atas apa yang terjadi, makcik tidak tahu nak cakap apa lagi." Kata Mak cik tersebut
Nota : Admin al-fatihah buat anak mak cik ini dan takziah kepada penumpang pesawat MH370 yang telah disahkan oleh perdana menteri kita ianya terhempas.