#MH370 terhempas Lautan Hindi : Bapa terima Hakikat Anak Sudah Tiada

MH370 Berakhir: ‘Hakikat yang perlu saya terima’

Putrajaya – “Saya terima dan reda dengan apa saja yang ditentukan Allah,” kata Selamat Omar, 60 bapa kepada seorang penumpang pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Bapa kepada Mohd Khairul Amri, 29 berkata, dia dimaklumkan pihak MAS kira-kira jam 9.30 malam supaya mengikuti sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka meminta kami supaya bertenang. Saya tak ada apa nak fikir panjang. Hidup atau sebaliknya… Itu sahaja.
“Hakikat yang perlu saya terima. Tapi saya akan menunggu pengumuman lanjut esok,” katanya ketika ditemui di Hotel Everly.


Selamat berkata, menantunya Erni Marsila Mustafa berada di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

“Dia akan datang sini tapi tak pasti bila,” katanya yang mengambil masa lebih satu jam untuk menenangkan diri.
Difahamkan, terdapat enam keluarga berada di hotel ini termasuk keluarga Mohd Razahan Zamani, 23; Suhaili Mustafa, 31; Mohd Khairul Amri Selamat, 29 dan Teoh Kim Lun, 36. 
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.