5 GAMBAR : BAYI 9 BULAN TERSILAP DIBERIKAN UBAT MELECUR MENINGGAL DUNIA AL-FATIHAH.


Alor Setar : Bayi sembilan bulan yang melecur teruk gara-gara tersilap menggunakan ubat yang diperolehi dari sebuah klinik swasta, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah, awal pagi ini.


Khairul Nizam Muhammad Nasrullah menghembuskan nafas terakhir pada 01:25 selepas 10 hari mendapatkan rawatan susulan di HSB sejak 8 Mac .

Difahamkan bahawa, keadaan Nasrullah dilaporkan kritikal kira-kira pukul 11 ​​malam semalam apabila mangsa dikatakan tidak bermaya dan letih.

Bapa kanak-kanak itu Khairul Nizam Salleh , 41, berkata doktor memberitahu, peluang untuk anak tunggal beliau hidup adalah tipis kerana terdapat jangkitan kuman di dalam darah.


Khairul Nizam, 41, dan isterinya Shazira Mohd Saleh , 23, kelihatan sedih apabila melihat gambar arwah anaknya, Khairul Nizam Muhammad Nasrullah berusia sembilan bulan di rumahnya di Kampung Kuala Bangka semalam. PHOTO Rahmat Othman.

“Keadaannya bertambah baik setelah cerita mengenainya disiarkan dalam akhbar awal bulan Mac. Tetapi tidak disangka-sangka dia meninggal dunia hari ini.”

"Berat badannya jauh lebih rendah berbanding 9.6 kilogram (kg) kepada 6.3 kg walaupun kerap menyusu badan tetapi tiada selera untuk makan. Namun saya redha dengan apa yang berlaku, " katanya.

Allahyarham Nasrullah disemadikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Permatang Buloh, Kota Sarang Semut kira-kira 9:00 pada waktu pagi. - Harian Metro




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.