10 PERKARA MENARIK MENGENAI BAYI DALAM KANDUNGAN ANDA



1. Di sekitar usia 3 bulan dalam kandungan, bayi sudah mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini adalah bertujuan untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhan bayi. 


2. Jangan terkejut jika penulis katakan yang bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Di sekitar usia 3 bulan juga, peti suara bayi sudah mula terbentuk dan sudah mula menangis tetapi dalam diam. (oo patutlah tak dengar) 

3. Di awal usia 4 bulan pula, bayi mula meneroka ruang-ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dengan tali pusat, menghisap ibu jari, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya, perkara ini tidak akan disedari oleh ibu yang baru pertama kali hamil sehingga usia bayi mencapai 5 bulan.

4. Bayi juga akan mula tersedu bagi melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, si ibu akan dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. Paling menarik bilamana si ibu dapat melihat bayinya tersedu ketika diimbas mengunakan ultrasound.

5. Di usia 5 bulan pula, bayi mula memberikan reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya. Bayi akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi yang terlampau kuat. 

6. Usia 6 bulan, memori bayi sudah mula terbentuk dan bayi dapat mengingati serta mengenali suara ibu bapanya. Dan diwaktu ini bayi mula meneroka anggota tubuh badannya. 

7. Bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usia 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi. 

8. Apabila otak bayi sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosi bayi juga turut terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. Jadi, elakkan stress dan tertekan. Si suami kena jaga isteri sebaik yang mungkin.

9. Sebaik saja deria rasanya telah terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibu serta boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu. 

10. Sebaik sahaja dilahirkan, pertama kali bayi akan membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

11. Kongsikan dengan para ibu dan bakal ayah di luar sana ya!
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.