HomeInformasiSenarai Terbaru Individu terkaya di Malaysia 2014 Senarai Terbaru Individu terkaya di Malaysia 2014 0 Admin 4:29 AM Robert Kuok individu terkaya di Malaysia sembilan tahun berturut-turut Jutawan Malaysia, Robert Kuok (gambar), sekali lagi mendahului senarai individu paling kaya di Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut. Menurut senarai terkini Individu Paling Kaya Malaysia oleh Forbes, Kuok mengetuai senarai itu sejak 2006 semasa Forbes mula menyenaraikan ranking rakyat Malaysia paling kaya. Kekayaan beliau berjumlah AS$11.5 bilion, susut AS$1 bilion berbanding tahun lepas. Jutawan berusia 90 tahun itu membangunkan empayar perniagaannya yang meliputi sektor kelapa sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah. Orang kedua paling kaya ialah Ananda Krishnan yang mengekalkan kedudukan itu dengan asetnya bernilai AS$11.3 bilion, susut berbanding AS$11.7 bilion sebelumnya. Tokoh perniagaan berusia 75 tahun itu memiliki perniagaan seperti syarikat telekomunikasi terkemuka, Maxis, televisyen berbayar dan penjanaan tenaga. Ia diikuti Lim Kok Thay yang mengurus Genting Group yang dilengkapi resort dan kasino di Bahamas, London, Singapura, Malaysia, Manila dan New York. Jumlah minimum untuk layak disenarai ialah AS$220 juta, meningkat berbanding AS$145 juta tahun lepas. Berikut ialah senarai penuh 10 orang paling kaya di Malaysia: Tags Informasi Newer Older