SEMAKIN PANAZ! VIDEO PENJELASAN SHARNAAZ & KRONOLOGI INSIDEN 19 FEBRUARI 2014





19 Februari 2014 - Sharnaaz Ahmad telah menengking Lisdawati. Lisdawati bertindak berdiam diri bagi mengelak perkara bertambah buruk dan selepas penggambaran. Selesai penggambaran, Lisdawati memaklumkan perkara itu kepada suaminya, Fauzi Nawawi.

21 Februari 2014 - Seperti yang dilaporkan oleh pasangan tersebut, Sharnaaz Ahmad didakwa sekali lagi menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran di Sungai Buloh tetapi berjaya dihalang kru penggambaran.

24 Februari 2014 - Lisdawati ditemani suami, Fauzi Nawawi membuat laporan polis dan membuat press conference menerusi Harian Metro. Fauzi Nawawi turut sama berkongsi SMS berbaur ugutan yang dihantar Sharnaaz:

"Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harp lu faham. Ini kali kita kasi habis."

Sharnaaz yang dihubungi oleh pihak media pada hari yang sama enggan meminta maaf dan yakin bahawa dirinya tidak bersalah.

25 Februari 2014 - Melalui portal Murai, Sharnaaz berkata dia tidak bodoh hendak menyerang atau memukul seorang wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibunya juga seorang wanita. Dia mengakui bahawa Lisdawati telah menfitnahnya dalam kenyataan menyerang Lisdawati di lokasi.

Sharnaaz menjelaskan terdapat 15 orang di lokasi penggambaran ketika kejadian itu berlaku dan Lisdawati telah memutarbelitkan cerita kononnya dia bersalah.



Semalam, pelakon Ezany Nizariff tampil memuji sikap Sharnaaz yang dikenali begitu berterus terang dalam sesuatu perkara, seorang yang menghormati pelakon senior, sopan dan sentiasa memberi kerjasama. Dan hari ini, pelakon dan penerbit terkenal, Ziela Jalil juga tidak menyalahkan pelakon Sharnaaz di atas apa yang berlaku menerusi Utusan Malaysia.

Jika dilihat pada penjelasan Sharnaaz dan bukti salinan sms dengan Fauzi, jelas sekali pasangan suami isteri itu telah memutarbelitkan cerita kononnya Lisdawati diserang.



Tindakan menghina Sharnaaz dan keluarga menggunakan perkataan 'anjing' dan 'babi' tidak menunjukkan diri Fauzi Nawawi seorang yang profesional seperti mana yang dipinta oleh Fauzi pada awal kes dulu Sharnaaz perlu bertindak secara profesional.

Fauzi dan Lisdawati harus tampil menjelaskan keadaan yang sebenar. - My Media Hub
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.