Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun layak digelar ‘setan’ apabila bukan saja memaksa adiknya berusia 12 tahun menghidu gam sebaliknya turut mer0g0l kanak-kanak itu.
Menurut sumber, mangsa yang sedang bersendirian di ruang tamu menonton televisyen mendakwa didatangi abangnya itu.
“Abang mangsa kemudian menunjukkan #kemaluannya menyebabkan adiknya itu ketakutan dan cuba melarikan diri namun berjaya dihalang abangnya itu.
“Mangsa dipaksa menghidu gam sebelum dir0g0l,” katanya.
Sumber itu berkata, selesai dir0g0l, mangsa diarah mandi sebelum bersiap untuk ke sekolah.
Sehubungan itu, mangsa ditemani ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Mangsa turut dirujuk di hospital berhampiran sebelum pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan luka pada kemaluan mangsa.
Katanya, abang mangsa yang menyedari keluarganya membuat laporan polis dikatakan sudah menghilangkan diri dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan pihak berkuasa. - Harian Metro